MOTO ASTRA PANTAI TIMUR 2011

"Perkenalan Di Udara Kemesraan Di Daratan Astra Pemupuk Ikatan Persahabatan"

Selasa, 20 Disember 2011

PERNYATAAN DARI MANTAN PENGURUS ASTRA KELANTAN

Assalamualikum.... Salam 1 Malaysia dan Salam 1 ASTRA.
Salam mesra kepada semua ahli ASTRA Pantai Timur, khususnya negeri Kelantan. Sepanjang saya menerajui ASTRA selama 7 tahun bermula dari tahun 2005 hingga 2011, ucapan jutaan terima kasih yang tak terhingga atas kerjasama yang tuan-tuan berikan. Pahit maung dan suka duka dalam menguruskan satu pertubuhan yang besar, amatlah payah. Akan tetapi atas sokongan dan dorongan tuan-tuan, maka ASTRA telah pun berkembang.

Harapan saya agar ASTRA akan terus berkembang dab terus maju di bawah kepimpinan baru yang saya percaya akan melakukan sesuatu yang lebih baik. Saya sedar bahawa saya tidak mampu untuk menerajui ASTRA buat masa kini kerana ramai lagi orang-orang baru yang lebih kedepan dan memiliki pandangan serta idea yang lebih baik bagi memajukan ASTRA.

Amat perit untuk saya melepaskan jawatan selaku pengurus ASTRA negeri, tapi oleh kerana saya amat sibuk dengan tugasan, maka dengan rela hati saya lepaskan juga.

Semangat saya terhadap ASTRA tidak akan luntur dan akan terus menyokong apa-apa perancangan dan aktiviti yang bakal dijalankan.

Akhir kata dari saya, semoga tuan-tuan semua akan terus memajukan ASTRA dan sentiasa menjaga nama baik ASTRA demi penyatuan HAM di Malaysia.

Wassalamualaikum...

Ikhlas dari saya M. Sukeri bin Yaakub (9W2DTS)